top of page

 MUAT TURUN BROSUR

 MENGAPA LAUNG RAUNG BATIN MELAYU? 

Takdir Ilahi melalui episod sejarah yang panjang telah mengirim Melayu di halaman Nusantara ini, ke titik psikologi kini dengan wajah budi muram dan maruah bangsa berbalut nestapa. Dalam kita berbangga Melayu menjadi usahawan, jutawan, cendekiawan, pahlawan dan angkasawan, serentak dengan itu, kita wajar berkabung kerana Melayu moden kini turut terbenam parah dalam krisis akhlak, tenggelam dalam kancah perpecahan tiada berkesudahan, meruncup tumbuh pula gejala Melayu liberalis, sekularis, literalis yang prejudis sinis terhadap agama dan warisan leluhurnya, kehormatan Melayu sebagai tuan tanah dipersoal, malah pegangan Islamnya turut dipersenda kuffar sehingga maruah Melayu menjadi begitu murah sekali, tertoreh luka harga diri, menjadi barang hinaan di buminya sendiri. Milik pusaka Melayu sudah banyak yang tergadai, nasib tanah Melayu juga sudah tidak terandai, yang masih tersisa barangkali hanya sejuring halus harga diri yang longlai. Melayu buntu, melarat, sesudah jenuh menjulang segalanya Barat. Kehebatan yang ditagih, bagaikan fatamorgana, serasa dapat, hilang saat mendekat, punah bahagia pada jiwa, tumpul rasa pada hati. Dalam lelah mengejar kebendaan, luluh kasih sayang dan adab santun, mengerdil potensi minda dan memudar warna-warna sejahtera jiwa. Nah! di mana inti kemajuan dan kemodenan yang dibanggakan itu? Apakah masih ada masa depan kepada kebenaran, budi dan akhlak? Kalau ada kejujuran, barangkali Melayu umumnya sudah boleh mengaku gagal. 

Sengsara Melayu ini, sudah wajar menggugah sedarnya, betapa ada sesuatu yang fundamental telah hilang dari ramuan hidupnya sebagai umat berbangsa. Digadaikan permata berharga kerana berebutkan kaca. Genggam padu, adab diri leluhur sejati Melayu sudah terlerai sayu dari anak cucunya. 

 

Tolehlah kepada sejarah, kerana pada sejarah ada pedoman untuk menilik kembali di mana mulanya sifir bencana dan di mana asalnya langkah durjana itu. Bukan untuk mempersoal takdir, bukan untuk menuding jari dan mempersalah, tetapi untuk menghirup ibrah sebagai bekal berubah. Melayu yang bertali dengan tradisinya,  tahu ia tempat untuk mengambil minum, tahu tempat mengutip hikmat dan tahu tempat meletak langkah. Kita telusuri sejarah 1000 tahun Melayu silam di halaman Nusantara, kerana jati diri melayu dibina di atas garis sejarah yang amat panjang, melewati titik-titik tamadun yang setiap satunya menokok kepada martabat dan maruah orang Melayu. Justeru, pendekatan sejarah dikira ikhtiar fitrahi untuk kembali kepada kesadaran diri sejati. Barangkali setelah ratusan tahun fikir jiwa Melayu diracun melalui perlecehan sejarah dan budaya 

oleh juak-juak Orientalis, tentulah tidak semudah itu untuk menuntun Melayu kembali ke daerah “asalnya,” selama belum kenal mesra dan belum yakin benar. Justeru, Melayu harus tekun dan sabar untuk kembali kepada dirinya, kerana “mengenal diri” itu jualah jalan mengenal Tuhannya.

 

Laung Raung Batin Melayu, adalah jeritan senyap, pergolakan terdalam jiwa Melayu yang terzahir melalui rupa wajah budi umat kini. Kerut pada wajah Melayu, sungguh adalah lakaran kisah resah gundah jiwanya. Laung Raung Batin Melayu, mengangkat peri pentingnya adab sebagai teras jatidiri bangsa dalam konteks sejarah Melayu sebagai pedoman menyusun jalan bangkit walaupun dalam suasana jiwa raga Melayu amat kelam. Kebobrokan ini, sungguh adalah suatu panggilan kasih dari Ilahi, supaya umat bersegera kembali kepadaNya. Firman Allah swt di dalam Al Quran Surah Ar Rum 41: Lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan perbuatan tangan manusia agar Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali.  Nah! Hapuskan raungmu, sahutlah LaunganNya, selagi ada nyawa, harus kita belum terlambat... Sollu alan Nabiy

OBJEKTIF PROGRAM

 1

 

 

2

3

 4

5

• Mengenal Peradaban Atau Tamadun Melayu Yang Tersendiri

Bahawa Melayu sudah ada peradaban dan kemajuan bersama Islam sebelum tiba pengaruh Barat lagi. Justeru kemajuan bukan hanya ada setelah dibawa oleh Barat. Teknologi Melayu yang berteras hati budi, pembangunannya sejati dengan alam dan sejati dengan pembawaan diri Melayu. Keteguhan dan kemantapan peradaban Melayu sejahtera mengisi tuntuan dunya dan akhirat dan dengannya Melayu bangkit sebagai Empayar agung dan mampu melayani manusia.

 

• Mendakap Sejarah Yang Benar Sebagai Pedoman Anak Bangsa

Membentang espisod sejarah Melayu di halaman Nusantara dalam tempoh 1000 tahun ke belakang dari perspektif sejarahawan anak bangsa. Bekal sejarah untuk setiap anak Melayu memaknai khazanah leluhurnya, sebagai tempat untuk merujuk dan mengambil pedoman. 

 

• Memahami Episod Kepenjajahan Barat dan Melunturnya Jati Diri Melayu

Merakam episod hitam dalam sejarah umat Melayu. Barat tidak datang ke alam Melayu secara kebetulan atau perdagangan melainkan untuk penjajahan. Penguasaan Barat dilanjutkan melalui corak pemikiran yang diprogram untuk anak bangsa sehingga kini.  

 

• Membina Kematangan Sikap, Pemikiran Strategik Dan Benteng Rohani Melayu

Sejarah melakar iktibar punca jatuh bangun kerajaan Melayu silam. Justeru untuk bangkit bermakna, melayu harus meletak keutamaan hidup tanpa mudah melalut dengan isu isu picisan yang sekadar mengalih fokus dan merosak potensi bangsa. Melayu perlu akrab mendakapi ulama yang memimpin dan mursyid yang memperkasa jiwa.  

 

• Alam Melayu Sebagai Destinasi Kebangkitan Umat

Kerana kita semua bakal pulang, maka persiapan rapi wajar dibuat. Senantiasa ada harapan walau sekelam manapun nasib Melayu, untuk bangkit seutuhnya sebagai hamba Allah yang baik dan mengisi peranan sebagai pembela agama. Ada cahaya di hujung terowong betapa ketibaan Imam Al Mahdi adalah masa depan gemilang buat setiap anak Melayu dan umat Islam seluruhnya

TOPIK BICARA

TOPIK SATU

TOPIK 

TIGA

​

MELAYU SEBELUM KESULTANAN MELAYU MELAKA, KEDATANGAN ISLAM & KEBANGKITAN 

EMPAYAR KESULTANAN MELAYU MELAKA, ZAMAN KEGEMILANGANNYA DAN KERUNTUHANNYA

 

Melayu bukan hanya wujud setelah bangkitnya Kesultanan Melayu Melaka. Sudah ada kerajaan-kerajaan awal Melayu di halaman Nusantara dan telah bangkit Kesultanan Perlak, Kesultanan Islam pertama di belahan Timur hujung ini pada tahun 840M, disusuli dengan Kesultanan Samudera Pasai tahun 1267M. Kehadiran Islam di halaman ini turut ditandai dengan beberapa peristiwa unik, selain dibawa oleh para dai ilallah dari kalangan ahlul bayt Baginda Nabi. Sesudah umat Melayu dididik dengan Iman, Islam dan Ihsan oleh para ulama dan telah merata dan mantap adab budi dan akhlaknya, maka tibalah saatnya Allah mengangkat Melayu ke puncak kekuasaan melalui Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Turut mengisahkan asbab kejatuhan Kesultanan Melayu ini sehingga punah institusi Kesultanan di bumi Melaka sehingga kini.

 

Oleh : Ustaz Iqbal Zain al Jauhari

​

​

PENJAJAHAN BARAT DAN BENCANA YANG TERUS MENGAKAR SEHINGGA KINI

​

Benar, Barat sudah lama mengangkat kaki dari wilayah ini, yang merdeka tanahnya, namun minda dan jiwa umatnya barangkali tidak sepenuhnya bebas. Ya! tanahnya Melayu, namun kemelayuannya sedang pantas dikikis. Perimeter fikirnya sudah tersukat dan gerak terjauhnya pun sudah dapat diduga, oleh percaturan sistem hidup tajaan Barat. Umat tenat menanggung impak daripada asakan falsafah ilmu dan pemikiran Barat akibah rencana penjajahan ratusan tahun, yang telah melebur lumat jati diri insan Melayu sehingga terpisah ia dari genggam hikmat leluhur silamnya dan adab budi dirinya yang sejati. Episod ini mengangkat sebuah ketekunan dan kebijaksanaan perjuangan Raja Ali Haji, seorang Raja, Ulama, Mujahid dan juga Sufi, menghadapi terjahan kepenjajahan Barat, dengan agenda pemerkasaan jatidiri bangsa, yang merupakan benteng diri sepaling ampuh dan dinamik. 

 

Oleh : Dr. Khalif Muammar  CASIS, UTM

​

​

MELAYU DAN IMAMUL MAHDI

​

Di saat perisiwa dunia sedang pantas “diolah” untuk mengisi segala persyaratan bagi penzahiran Sohibuz Zaman, Sayyidina Muhammad al Mahdi as, Melayu pula tampil di babak hujung zaman ini dengan wajah budi yang muram dan maruah yang tercalar, terbelenggu dalam kelubung hidup yang tidak sejahtera dengan fitrah dirinya. Pasti sekali ada hikmah dan pelajaran agung dari yang Maha Pencipta. Namun, bagaimana sifir perubahannya dan jalan mana yang harus diambil untuk merintis jalan kebangkitan Melayu? Siapa pula yang bakal menjulang panji-panji hitam dari Timur itu?

​

 

Oleh : Sheikh Sidi Rohimuddin Nawawi al Bantani

TOPIK 

DUA

bottom of page