Shaykh Rohimuddin Nawawi Al Banten adalah seorang tokoh ulama’ kontemporari Indonesia didalam mazhab Shafi’I,yang terkenal di Indinoesia dan Malaysia. Beliau dilahirkan pada 8hb Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia, merupakan cucu saudara kepada ulama alam Melayu silam yang terkenal iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi alBantani atau lebih dikenali sebagai Syaikh Nawawi Bantan. Beliau mendapat pendididkan menara gading di Univeristi Sharif Hidayatullah,Jakarta dan Universiti Al Azhar, Cairo. Beliau juga menuntu ilmu dengan para ulama yang terkenal di Indonesia, Mekah dan Mesir. Antara guru-guru beliau adalah | Ayahanda beliau sendiri – Kiyai Nawawi | Kiyai Maemun Zuber | al-Marhum Kiyai Mahrus Ali | al-Marhum Kiyai Umar Sholeh | alMarhum Kiyai Aqiel Siraj | al-Marhum Kiyai Syadzeli | al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani | asy- Syaikh al-Habib Yusuf al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi | Syaikh Umar Hasyim | al-Marhum Syaikh Mutawalli Asy-Sya’rawi | al-Marhum Syaikh Zaki Ibrahim | Syaikh Ibrahim Al-Khuli | Dr Saad Jawis | al-Marhum Syaikh Gad al Haq | Syaikh ‘Abdullah | Syaikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Besar Mesir) | dan lain-lain.
​

Shaykh Rohimuddin Nawawi Banten
Ketua Kerukunan Ulama Nusantara
Haji (DBP); menterjemah buku Islam and Secularism(karya Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas) Bandung, 2010. Beliau juga banyak membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping menulis di akhbar harian seperti Berita Harian, Utusan Malaysia serta beberapa media lain.
Dr.Khalif Muammar A. Harris
Pengarah CASIS,UTM.

Dr. Khalif Muammar A. Harris merupakan Prof.Madya dan Pengarah Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. Memiliki ijazah B.A. dalam bidang Shari’ah dan Pengajian Islam dari universiti Mu’tah, Jordan (1998); M.A. (Tamadun Islam) dari International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM pada tahun 2003; dan Ph.D (Tamadun Islam) juga dari ISTAC tahun 2008. Sebelum bertugas di CASIS, Dr Khalif telah bertugas sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2007 sehingga 2011. Dr Khalif juga merupakan Felo utama di IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia) dan ahli Majlis Perundingan Islam 2016-2018.
Dr. Khalif telah menulis beberapa buah buku antara lain Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal (Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan, 2006 ; edisi kedua oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM, 2009);Islam dan Pluralisme Agama diterbitkan oleh CASIS, PMWP 2013, dan DBP, 2015; Ilmu Ketatanegaraan Melayu Raja Ali
Beliau mengasaskan dan memipin Pusat Ilmu Darul Mujtaba di Keramat, Kuala Lumpur.Beliau turut menjadi penceramah bebas di masjid-masjid,universiti, kolej, pejabat dan surau-surau khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan luar Selangor, menjadi penterjemah kepada alim-ulama yang datang dari dunia Arab, khususnya dari Hadhramawt, Yaman, serta bertindak sebagai panel penceramah untuk modul-modul yang disusun oleh NGO KEMUDI. Menerima jemputan berceramah di TV Al-Hijrah.
Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari
Pemimpin Darul Mujtaba
Dilahirkan dalam tahun 1981 dan berasal dari Kluang Johor. Mengambil pengajian Tahfiz al-Quran 30 juzuk di wilayah Pattani Darussalam, selatan Thailand selama 2 tahun sebelum menyambung pengajian dalam bidang Tafsir, Hadith dan Perbandingan Agama & Mazhab di Johannesburg, Afrika Selatan selama 7 tahun. Memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ilmu Syariah dan Hadith. Menguasai Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Bahasa Melayu. Setelah itu, beliau mendalami pengajian khusus Feqah Imam Syafie, Ilmu Tarbiyah dan Fiq-hudda’wah di Pusat Pengajian Darul Mustafa,Tarim, Hadhramaut, Yemen selama 3 tahun yang mana mudirnya adalah ulama tersohor iaitu Al-Habib Umar Bin Hafidz.
​
Di Hadramaut, Yemen, pernah dilantik sebagai Ketua Pelajar Malaysia [PERMAYA] bagi sesi 2012. Beliau merupakan panel pimpinan Majlis Ta’lim Darul Muhibbin di Kuala Lumpur, Ahli Jawatankuasa Unit R & D Pertubuhan NGO Kesedaran Melayu Dan Islam (KEMUDI) disamping melanjutkan pengajian di peringkat Master dalam bidang Ketamadunan Dan Falsafah Islam di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia [UTM] Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
​

​
Beliau telah dilantik sebagai Ketua Ulama Bagi Kerukunan Ulama Nusantara [KUN], sebuah entiti yang menyatukan ilmuan di Nusantara dan menyusun gerak kerja menyebarkan Tauhid dan kasih sayang kepada seluruh umat Nabi Muhammad sejak 2014 lagi.
Kini, beliau sering dijemput oleh pelbagai intsitusi,pesantren,dan organisasi untuk seminar,kuliah dan daurah terutama dalam mengupas perihal tasawuf. Sebelum ini, beliau adalah tenaga pengajar merangkap ketua/pengasuh di Dar al-Hasani di Cairo Mesir. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta’lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka.